Saya dah 21 tahun

 Assalam, hi gais. Saya dah lagi besar. Saya hampir lupa pasal blog ni tapi nasib baik kakak saya ingatkan saya balik. Post saya sebelum ni kata harap umur 20 tahun saya update balik blog ni, sorry la lambat setahun saya ni busy orangnya. 


Post saya sebelum ni kata saya masih svm, akhirnya saya dah habis svm dan diploma. Saya belajar 4 tahun untuk habiskan dua2 tu. Saya pun dah intern kat media prima sebelum ni untuk diploma saya. Er sebenarnya sebelum media prima saya intern kat r*d ci*cle. Saya tak nak sebut apa2 pasal tempat tu sebab tempat tu terok dan saya tak nak ingat langsung. Ugly people and fatass boomers ew. Lepas habis intern, tu la waktu favourite saya iaitu menganggur. Saya suka menganggur sebab saya hanya perlu makan, main game dan tido setiap hari. Saya harap saya boleh buat macam tu lagi tapi kalau saya teruskan kehidupan saya yang macam tu saya takkan ada duit. Hidup ni memang tak boleh tengok saya senang.


Sekarang saya masih sambung belajar. Akhirnya saya tengah sambung degree. Saya sambung degree kat mmu dan saya tak amik 3D animation. Saya amik Advertising Design. Saya tak amik 3D sebab saya tak nak jadi gila tapi tengok2 amik AD pun boleh jadi gila jugak. Tapi takpela apa boleh buat. Jadi perempuan normal pun membosankan jugak. Kenapa saya pilih mmu? Sebenarnya ayah saya suruh amik uitm, tapi saya tak nak sebab ramai melayu. Saya tak suka kalau semua melayu sebab dorang nub. Sepanjang saya bersekolah dengan semua orang melayu, takde satu pun memori indah yang ada. Kalau campur2 kaum at least banyak memori indah dan dorang tak close minded. Bukannya saya nak hidup secara liberal tapi saya tak suka bila semua benda nak judge. Saya tak boleh jadi diri sendiri dan disebabkan tu, sekarang saya masih tak kenal diri saya sendiri. Kenapa saya tak pilih unikl? Sebab ada ramai budak kv. Saya nak hidup tempat baru dan nak kenal orang baru. Sebab tu saya pilih mmu. 


So far duduk mmu cool! Semua kawan saya baik2. Saya je tak baik tapi takpe. Sebenarnya ayah saya tak suka saya masuk mmu. Dia asyik ungkit je. Eleh bukan guna duit dia pun, saya pakai duit scholarship saya juga. Sekarang saya macam tengah belajar secara PERCUMA! Saya harap saya boleh maintain cgpa saya ikut apa yang scholarship tu nak. Kalau tak ayah saya bising lagi, saya malas nak dengar. First sem saya dapat cgpa 3.94! Ayah saya terus tak bebel lepas tau result saya heh. Cool kan? Ok la tu je malas nak type panjang2 nanti malas nak baca. Bye

Comments

Popular posts from this blog

Boyfriend

saya dah besar